
|
cerpen terima kasih cikgu ~,^ CERPEN:TERIMA KASIH CIKGU. “ Ana, saya dah beri amaran banyak kali kepada awak agar menyiapkan kerja sekolah tapi arahan saya ini masuk telinga kanan keluar telinga kiri awak je,” ujar cikgu Faridah dengan nada tegas. Sudah banyak kali latihan Matematik yang diberikan kepada Ana tidak disiapkan. Marahnya kini tidak dapat dibendung lagi. Riak wajah Ana langsung tidak mengambarkan rasa takut ataupun gerun dengan teguran tegas guru kelasnya kini. Malah, dia dengan selamba keluar daripada kelas sebaik sahaja mendengar “ceramah percuma” daripada gurunya. Bosan dia menghadap cikgu Faridah yang asyik mencari pasal dengannya. “ Astaghfirullah, sabar saja dengan perangai budak ini. Langsung tidak mahu dengar teguran seperti mencurah air ke daun keladi,”. Kelas 4 Sains 1 sunyi sepi selepas menyaksikan adegan cikgu Faridah memarahi pelajarnya yang amat “baik”,Ana. “ Ah,bising lah cikgu Faridah ini, tak buat kerja sikit dah nak bising. Ingat orang ni robot ke?. Asyik menghadap kerja rumah 24 jam,”gomel Ana seorang diri. Sebaik sahaja keluar dari kelas tadi,dia terus pergi ke belakang sekolah. Melepaskan rasa rimasnya. Ana mengeluarkan sesuatu dari kocek baju kurungnya. Benda itu dia nyalakan dengan penghidup api. Dia menghirup benda itu sepuas-puasnya. Huh. Lega. Dengan merokok sahaja dia dapat melepaskan stress. Kawan-kawan yang memahaminya yang memperkenalkan rokok padanya. Pada mulanya, dia takut untuk menyentuh benda tersebut namun ramai kawannya menggalakan dia mencuba. Bukan dia tidak tahu bahaya menghisap rokok yang banyak membawa pada keburukan. Iklan di media elektronik dan massa juga sering memaparkan. Namun, dengan merokok sahaja tekanan yang menghempap di benak fikirannya mampu diusir jauh “Ana!” Tersentak Ana daripada lamunan apabila mendengar suara yang tidak cukup asing halwa telingannya mendengar.” Alamak,bala mana pula yang datang ini!”keluh Ana. “ Awak bukan sahaja tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu, malah awak melanggar peraturan sekolah dengan melakukan kesalahan berat iaitu merokok,”ujar cikgu Faridah. Ana hanya tertunduk di bilik guru. Semasa dia sedang leka menghisap rokok tadi di belakang sekolah, tiba- tiba sahaja cikgu Faridah muncul menegurnya. Kemudian dia dibawa ke bilik guru. Ana hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak dapat melarikan diri lagi. “ Kalau kes awak ini sampai ke pengetahuan pengetua pasti ibubapa awak akan dipanggil ke sekolah untuk membincangkan masalah awak,” ujar cikgu Faridah lagi. Ana terus mengangkat kepala sebaik sahaja mendengar perkataan ‘ibubapa’ keluar daripada bicara cikgu Faridah. “ Cikgu, tolonglah jangan panggil ibubapa saya datang ke sekolah,” rayu Ana. Ana sebolehnya tidak mahu ibubapanya tahu perangai dia semasa di sekolah. “Baiklah, cikgu akan beri awak peluang untuk awak berubah dan tidak mengulangi kesalahan lagi,” balas cikgu Faridah. Cikgu Faridah tahu Ana pasti dapat pergi jauh dalam pelajaran. Ketika Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ana mendapat keputusan cemerlang iaitu 8A. Semua cikgu dan rakan-rakan Ana terkejut apabila keputusan diumumkan. Guru kelas lama Ana ketika di tingkatan 3 pun sudah lali dengan perangai Ana yang sering tidak mahu melakukan kerja rumah. Sampai ke satu tahap guru kelas lama Ana sudah malas menegur perangai Ana. Hanya cikgu Faridah yang tidak jemu memberi nasihat dan teguran pada Ana. Cikgu Faridah tahu ini adalah cabaran seorang guru yang mesti disahutnya untuk anak bangsa tercinta berjaya pada masa hadapan. Dalam diam ketika anak tidak menyedari yang cikgu Faridah sebenarnya sudah maklum dengan latar belakang mengenai keluarga Ana. Cikgu Faridah tahu Ana bukanlah berasal daripada keluarga yang berada. Ayahnya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Ibunya pula tidak bekerja kerana sudah lumpuh kerana mengalami kemalangan jalan raya setahun lalu. Cikgu Faridah tidak mahu melaporkan kes Ana ke pengetahuan pengetua kerana tidak mahu ibubapa Ana bertambah tertekan apabila tahu mengenai sikap Ana di sekolah. Bahang matahari yang memancar menambahkan lagi hati Ana yang panas membara. Ana pulang ke rumah dengan langkah lesu. Nasib baik sepanjang perjalanan Ana ada pokok-pokok yang meredupkan keadaan. “Tidak habis-habis cikgu Faridah ini hendak campur urusan aku. Cikgu dulu tidak pun masuk campur dan membebel. Geramnya,”getus hati Ana. “Assalamualaikum ibu, Ana dah balik,” terus berubah eksperesi muka Ana sebaik sahaja sampai di rumahnya. “ Waalaikumusalam, anak ibu dah balik ye. Macam mana kat sekolah tadi?” soal ibu Ana. Dengan pantas Ana menjawab “ baik sahaja ibu”. Ana bergegas masuk ke dalam biliknya. Dia tidak mahu ibunya bertanya lagi berkaitan keadaan di sekolah. Setelah selesai menjamu selera dia, Ana terus bersiap untuk keluar.” Ibu, Ana keluar ye, ada hal” laung Ana di muka pintu. Ibunya hanya sekadar member anggukan. Ana dengan pantas menuju ke pusat membeli-belah. Dia sudah berjanji dengan kawan-kawannya untuk melepak bersama. Hanya melepak sahaja dapat melepaskan tekanan yang dialami di sekolah tadi. Ana tidak sedar bahawa ada sepasang mata sedang melihatnya ketika dia sedang leka bersuka ria dengan rakannya. Pemilik sepasang mata itu hanya mampu menggelengkan kepala melihat tindak-tanduk Ana yang liar. Keesokan harinya di sekolah, Ana dipanggil menghadap cikgu Faridah. “ Cikgu Faridah ini nak apa lagi daripada aku?” gomel Ana bersendirian. “Petang semalam awak ke mana?”soal cikgu Faridah. “ Saya kat rumahlah cikgu,” ujar Ana.“ Awak jangan nak tipu saya. Saya nampak awak lepak dengan budak-budak nakal di pusat membeli-belah. Ana,awak ada masa depan yang cerah untuk berjaya. Saya tidak mahu perkara yang negatif menyebabkan pelajaran awak jatuh. Menyesal sekarang pendapatan Ana, menyesal kemudian tidak berguna,” ucap cikgu Faridah. “ Cikgu jangan nak sibuk-sibuk pasal hal sayalah! Saya tak suka! Saya tak kacau hidup cikgu pun!” Ana terus mengatur langkah keluar dari bilik guru. Jemu dia mendengar nasihat cikgu. Dia merasakan hidupnya terkongkong. Pagi itu, pak Jamal, ayah Ana seperti biasa sudah keluar awal pagi untuk pergi menorah getah. Pak Jamal sanggup bersengkang mata untuk mencari sesuap nasi. Biarlah tulang empat keratnya ini sakit asalkan keluarga tercinta dapat menikmati kemudahan. Tambahan pula, dia mesti mencari duit untuk membeli ubat isterinya yang lumpuh. Tidak lama kemudian, tiba-tiba hujan turun dengan lebat disertai dengan petir. Pak Jamal bergegas mencari tempat berteduh. Dia segera berlari menuju ke pondok berhampiran.Praaakkkk. Dahan pokok yang reput telah jatuh menghempap kaki pak Jamal. Pak Jamal mengadu kesakitan namun tidak ada sesiapa yang mendengar. Cikgu Faridah seperti biasa memandu menuju ke sekolah pada pagi itu. Dia melalui ladang getah yang merupakan satu-satunya jalan dari rumahnya ke sekolah. Tiba-tiba dia melihat seorang pakcik terbaring di tepi ladang getah ketika hujan mencurah dengan lebatnya. Dia dengan pantas turun dari kereta. “ Pakcik kenapa ni? Apa yang berlaku,” tanya cikgu Faridah. “ Kaki pakcik terhempap dahan kayu tadi,” jawab Pak Jamal. Cikgu Faridah dengan segera membawa Pak Jamal ke hospital. Cikgu Faridahlah yang menguruskan dan menyelesaikan segala kos perubatan Pak Jamal. Selepas Pak Jamal mendapatkan rawatan, cikgu Faridah pun menghantar Pak Jamal ke rumahnya. Ana pulang ke rumah dengan segera apabila dimaklumkan oleh guru bertugas bahawa ayahnya cedera. Hatinya berasa amat gusar. Dia takut perkara yang buruk menimpa ayahnya. Ketika berada di halaman rumah, Ana berasa agak hairan kerana melihat kereta cikgu Faridah di situ. Dia dengan segera masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan ayahnya. Wajah Ana berubah ketika mendengar cerita bahawa cikgu Faridahlah yang menyelamatkan nyawa ayahnya. Kalau tidak pasti dia akan kehilangan tempat bergantung seumur hidup. Dada Ana berasa amat sebak mengenangkan sikapnya yang kurang ajar dengan cikgu Faridah. Mindanya teringat kembali episod-episod ketika dia meningking cikgu Faridah. Dia kini baru sedar akan kemuliaan dan kemurniaan hati cikgu Faridah. Seribu penyesalan menghantui Ana Hari terus berlalu. Meninggalkan kenangan di gigi waktu. Kini, hari yang Ana menanti telah tiba. Hari Guru. Dia mahu berjumpa segera dengan cikgu Faridah. “Assalamualaikum cikgu,” ucap Ana. “Waalaikumusalam,Ana” jawab cikgu Faridah. “Cikgu ini sahaja yang mampu saya berikan kepada cikgu,” Ana menghulurkan sekeping kad dan kemudiannya disambut oleh cikgu Faridah. “Ana, kad awak inilah merupakan hadiah yang paling berharga yang pernah saya peroleh. Saya sangat bersyukur kerana akhirnya doa saya dimakbulkan .” ujar cikgu Faridah. “ Saya minta maaf cikgu kerana tidak mendengar teguran cikgu dulu,saya hanya mahukan perhatian daripada kawan-kawan. Saya malu hidup kerana saya orang miskin.” ucap Ana dengan sebak. “Ana, awak tidak perlu melakukan perkara negatif untuk tarik perhatian orang. Awak berjaya dalam pelajaran dan hidup juga dapat menarik perhatian orang. Awak juga nanti dapat membantu ibubapa awak” balas cikgu Faridah. “Terima kasih cikgu kerana tidak jemu menasihati saya” ucap Ana sambil berpelukan dengan guru tercintanya. NUR AMALINA BINTI SAMAD 5 SAINS 1 SMK BANDAR T6 20.2.2011
Post By Amalina @ 5:29 AM | 2 Alien's
|
SOME WORDS! Welcome to my paradise. What do you want in here? Okeh, steal anyhting what you can steal. bold italic underline Diary
Links
Tagboard//Follow
Unknown Credits ![]() Big helped: Pieqah and Ziera. Edited: Miss Tabuan. |