
|
kem insaniah PASUM 17.4.2013 in the name of Allah the most gracious and the most merciful assalamualaikum saudara dan saudari... alhamdulillah amal dapat tempuh hari ketiga. jujurnya hari ni amal rasa agak hambar. agak la... walaupun amal cuba banyak kali untuk postifkan minda.. dengan gigihnya amal mencuba.. eh? hmmm sesi pagi: (auditorium PASUM) sesi pagi ni berkaitan emotional intelligence (EI) penceramah dari upm dr razak dia dah lama tak bagi talk,, dah setahun dah katanya,, ni pun dia ganti puan kamariah,,bidan terjun,..so dia agak nampak nervous.. kesian juga amal tgk dengan dia,,umur dia pun dia cakap dah nak cecah 60 tahun,, gaya macam baya atok2..lagipun dia dah ada 2 cucu,, sesi ni banyak cerita pasal emotional self awareness.. self assesment perbezaan sympathy and empathy... actually sesi ni banyak yang dah nak tumbang dan buat aktiviti lain (termasuk amal) sebab mungkin kurang menarik, tapi amal cuba sedaya upaya agar amal dapat input berguna ( i try my best to focus on it).. alhamdulillah amal dapat menepuh selama 4jam setengah dalam auditorium mendengar mengenai emotional intelligence.. apa2 pun terima kasih dr razak kerana bagi kami semua ilmu yang bemanfaat.. amal tahu dr razak dah cuba sedaya upaya supaya sesi kita nampak lebih menarik,, nasib baik ada antara peserta kem yang bagi respond yang kelakar untuk menceriakan majlis..thanks kawan. amal minta maaf sangat pada dr razak sekiranya gaya kami ni macam nak tak nak respond masa DR. minta maaf sekali lagi. ni adalah handout dr razak bagi kepada kami
ada part yang interesting masa sesi pagi ni,,,
fahimah, sahabat amal ada tanya pada dr razak, kalau kita ditanya dalam interview soalan macam ni " jika awak seorang dr lelaki ada patient yang sedang nazak, minta kita kahwin dengan anak perempuan dia, adakah kita akan menerimanya?" (soalan ni antara soalan interview di PASUM untuk dak2 yang nak ambil medic) fahimah pun tanya lagi, adakah ni dikategorikan sebagai empathy atau simpati?
Nik Asyraf budak group N xsalah amal, dia pun jawab kita tak patut terima sebab kita kena bersikap profesional, kemungkinan juga anak perempuan tu ada hutang ke. so dia buat conclusion kita xpatut terima tawaran tu. ada lagi peserta yang lain yang jawab, amal xtahu nama dia tapi dia perempuan, dia cakap kita terima jela, rezeki jangan ditolak,,hehe... last sekali, solehah sahabat yang amal kenal masa pergi ke pwtc sama2 pun menjawab, kita tak perlu nak kahwin dengan anak patient tu, lagipun patient kita tu kan dah nak meninggal, kita hanya bagi senyuman, dan mungkin mengganguk untuk senangkan hati dia sebelum dia meninggal, tapi kita tak perlu tunaikan apa yang diminta, kita tak patut mencampur adukan personal dengan carrier. dr razak pun setuju dengan apa yang diucapkan oleh peserta kem ni. wah,,amal dapat ilmu baru lagi.. alhamdulillah...
ada seorang peserta ni,,nama dia Hazim,,dia ni sangat aktif.. aktif angkat tangan...dia ada praktikan apa yang kami belajar dalam dua hari lepas dalam nak menjawab soalan dr razak berkaitan dengan team work. dia cakap dalam team work kita ada team player ada team destroyer. mesyuarat selepas mesyuarat pun ada... (mengumpat selepas mesyuarat)... sepatutnya kita ada good leadership quality dalam sesebuah team...
sesi petang:
(auditorium PASUM)
pukul 2 waktu Malaysia
part ni best! sebab amal belajar pasal self confidence with the right image
bersama miss GEORGINA FREDERIKA BYL @ FATIMAH
dia ni dari Holland.. dah lama tinggal kat Malaysia..nak tengok tak muka dia ?
maaf ye, ni amal ambil pic dri fb shinbei
shinebei sorry ambil tanpa izin sebab ni je pic miss georgina yang amal boleh dpat,,cari kat google tak jumpa,,hehe.. miss georgina best sangat..dia ajar amal pasture badan yang betul,,duduk dengan betul, fesyen pakaian untuk pergi kolej, office, (dia cakap jangan pakai inner, nampak buruk) kalo nak tutup, terus beli long sleeve ,,tak payah pakai inner,,huhu,,dia ajar cara catwalk , hehe, xla,,dia ajar cara jalan yang betul agar kita nampak lebih confidence ( amal tengah praktikan lah ni) hehe...
miss georgina ada bagi handout juga , ni handoutnya
bukan setakat tu je dia ajar,,dia ajar cara2 nak makan dinner, lunch yang betul,,best sangat,, amal dapat ilmu yang berguna pasal kasut yang bagi kita confidence level yang tinggi (kasut hitam casual tinggi 1 inchi) , cara nak pilih baju kerja, bagi dak lelaki pula baru amal tahu rupanya mereka semua kena pakai tie betul2 atas tali pinggang,,jangan terlebih atau pendek sangat.. pemakaian name tag mesti belah kanan bukan belah kiri ye kawan2..protokal! hehe...miss georgina cakap tak semua majalah tunjukan fesyen yang betul ,kebanyakan salah bagi pandangan mereka ,,kita tak patut ikut, dia cakap kalau nampak tak betul mengenai fesyen yang ditunjukan dalam majalah dia tu sila call no dia ni.. 0192221963
miss georgina pun ada tunjukan warna yang sesuai yang dipakai oleh kita sebagai seorang remaja..antaranya.
turquoise, medium warm turquoise, dan banyak lah ( tak sempat nak salin, cepat sangat dia tekan slide dia)
dia pun ada ajar pasal the four communication skill
1.nonverbal
2.thinking before speak
3.listening
4.speaking
cara meletakan pisau dan garfu yang betul semasa makan dinner atau lunch
sebenarnya miss georgina banyak tunjukan video dalam sesi petang ni.. (miss georgina pun ada ajar cara make up) :) wooooo
antara videonya ialah :
(video ni pasal seorang perempuan tgh belajar cara berjalan yang betul)hehe,,lawak
(video ni tunjukan wanita biasa pun boleh jadi model)
(princess yang awesome) :))
(yang ni untuk sesi interview)
(yang ni pun pasal interview)
kat atas2 ni lah antara video2 yang miss georgina tunjukan, best kan? tengoklah video2 ni :)
miss georgina pun ada cakap lagi, kita mesti ada 7C dalam hidup
clear,correct,concrete,coherent,complete,courteous,concise
masa interview, kita mesti ada SES (smile, eye contact, says ) says tu macam bagi salam ke, tanya how do you do ke...
kalau cara2 nak duduk pula,,jangan silang kaki ye,,siapa nak tahu cara duduk dengan betul tanyalah amal nanti,,nanti amal wat demo,,hehe,,
oklah sampai sini saja amal taip untuk kem pada hari ni,,apa2 pun alhamdulillah ya Allah....
im wearing blue baju kurung today. :O
assalamualaikum ^^
Post By Amalina @ 6:04 AM | 0 Alien's
|
SOME WORDS! Welcome to my paradise. What do you want in here? Okeh, steal anyhting what you can steal. bold italic underline Diary
Links
Tagboard//Follow
Unknown Credits ![]() Big helped: Pieqah and Ziera. Edited: Miss Tabuan. |